Thaipusam merupakan perayaan agama
yang paling popular dalam kalangan orang India.Perayaan ini merupakan suatu
perayaan yang berpusatkan kuil-kuil Dewa Muruga atau Dewa Subramaniam.
PerayaanThaipusam disambut pada malam hari bulan purnama, iaitu dalam bulan
Thai.Bagi penganut yang beragama
Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat
sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.
Sebelum menyambut Thaipusam,
penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan
jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari
sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut
Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu
di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves,
iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.
Pada hari Thaipusam, penganut
agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva,
di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri
utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi',
iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni,
dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda
membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.
Bagi sesetengah penganut agama
Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh,
lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan
menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'.
Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut
rentak lagu yang dimainkan.Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan
menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan
meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga
akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi
mendapatkan restu.
Perayaan Thaipusam di
Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang beragama Hindu.
Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat yang berbangsa lain.
Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana
menarik semasa sambutan perayaan ini.
PERAYAAN DEEPAVALI
Hari Deepavali (Bahasa Tamil: தீபாவளி) merupakan perayaan yang
disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan
hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan
perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan
"Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan
November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan
selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan.
Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari
kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan
hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan
menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.Pelita yang dipasang dalam
barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan
kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan
menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas
upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan
mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan
"kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang
biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan
"kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa
Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai
hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka."Kolam"
merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah
dilarang mengikutnya.
PERAYAAN THAIPONGGAL
Thaiponggol
merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan
hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol
disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya,
orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan
Januari.
Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan
bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol.
Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan
dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.
Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan
Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga
diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.
Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan
bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan
tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka
berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di
gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama
dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya
"vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.
No comments:
Post a Comment